Selsema adalah perkara biasa bagi kucing. sebab utama kucing selsema adalah disebabkan bakteria. apa yang berlaku apabila kucing selsema ialah dia akan selalu bersin dan hingus akan keluar dari hidung nya.
Selsema ini boleh berjangkit sama ada kepada manusia ataupun kucing yang lain. Oleh itu asingkanlah kucing yang selsema teruk daripada kucing yang lain terutamanya anak kucing. Selsema mungkin tak berbahaya kepada kucing dewasa tetapi boleh menyebabkan anak kucing sakit serius. Selalunya anak kucing yang terkena selsema akan kena sekali dengan penyakit mata dimana taik mata akan banyak dan tidak boleh buka mata.
Apabila pergi ket vet, antara ubat yang akan diberi ialah antibiotik untuk melawan serangan bakteria.
Masalah kucing yang berhingus ni, pertama ialah kucing menjadi tidak bersih kerana hingus tersebut mengandungi bakteria dan kuman. Apabila kucing bersin, hingus akan jatuh di kawasan sekeliling kucing. Lagi satu kucing yang selsema akan kurang deria bau kerana hidungnya telah tersumbat dan banyak sangat hingus mnghalang dia daripada menghidu makanan. Kucing akan menjadi kurang selera makan.
Kita kena bantu dia hilangkan hingus kerana kucing tak tekan hidung dia menggunakan tangan untuk menghembus hingus keluar. Sebaliknya kucing akan hanya menggunakan lidah untuk menjilat hingus yang terkeluar dari hidungnya, kan tak elok tu..jadi anda boleh ambil tisu atau kain dan lap kan hingus dia bagi dia lebih mudah bernafas.
Jangan bagi kucing ubat untuk manusia kerana mengandungi aspirin atau acetaminophen yang sangat berbahaya kepada kucing anda.
0 comments: