Monday, 25 May 2015

Cara paling mudah menghilangkan kutu kucing

By Unknown   Posted at  08:14   1 comment

Sebelum kita membasmi kutu kucing, mari kita mengetahui tentang kutu kucing dan mencari kelemahan kutu kucing
Kutu kucing 
Kutu kucing atau nama saintifiknyer Ctenocephalides felis, adalah sejenis parasit yang sangat mudah dijangkiti Kucing. Dan jika dibiarkan lama-lama, kutu kucing ni akan merebak kat kucing dan juga manusia disekeliling pula.

Pengajaran dari fasa-fasa kutu
  1. Telur kutu: selepas bertelur, kutu kucing dewasa meninggalkan telur dibadan kucing tetapi telur ini akan jatuh dikawasan sekeliling kucing, jadi sentiasa rajin sapu dan vacum rumah bersihkan tempat kucing. Anda bukan sahaja perlu mebasmi kutu dibadan kucing, tetapi anda juga perlu membasmi kutu kucing di rumah anda.
  2. Larva: selepas menetas, larva akan hidup dengan memakan kotoran organik yang terdapat persekitaran mereka, larva hidup dalam keadaan lembap dan boleh mati jika persekitaran kering. Jadi, bagi cahaya matahari masuk kerumah untuk pencahayaan dan pengudaraan yang lebih segar dan baik.
  3. Kepompong: larva akan menjadi kepompong sebekum menjadi kutu kucing dewasa dan sangat mudah melekat kepada objek. Jadi pastikan tuan kucing dan kucing mandi atau bersihkan selalu.
  4. Kutu dewasa: apabila menetas kutu akan mencari host untuk di hisap darah mengisi perut yang kosong. Kutu akan tertarik kepada manusia dan haiwan peliharaan.  Jadi jangan sesekali mengabaikan kebersihan kucing sehingga anda sedar anda sebenarnya membela kutu.
Cara nak check kucing ada kutu ke tidak
Jika anda membela kucing dalam sangkar, anda akan mendapati telur-telur kutu jatuh dikawasan sekeliling kucing. anda juga boleh menyikat kucing dan check kutu dekat sikat. Tak nampak? Cuba ambik sehelai kain putih dan basahkan. Selak bulu kucing dan tekap kain putih basah dekat bulu badan kucing. Jika ada tompokan -tompokan kecil di kain tersebut bermakna ada kutu. Tompokan tersebut sebenarnya adalah bintik-bintik dibadan kutu hasil perkumuhan mereka. Jika tompokan dikain berwarna kemerah-merahan, kemungkinan darah kucing anda yang telah di nodai kutu...
Ataupun, mungkin juga anda turut menjadi mangsa...cuba check kat badan anda ada kesan gigitan yang banyak tak. Selalunya kalau dah merebak kat manusia dah kes berat. Perlu ambil langkah segera.

Cara menyelesaikan masalah kutu kucing
Pertama sekali, asingkan dan kuarantin kucing yang dijangkiti jika anda membela banyak kucing. Anda perlu menghapuskan kutu di badan kucing, kawasan yang tercemar dengan kutu kucing dan juga diri anda sendiri.
Untuk kucing anda boleh mandikan dengan shampoo anti kutu kucing. Ataupun lagi mudah spray je dengan cecair khas untuk mengawal kutu kucing, contoh produk yang dipercayai sekian lama ialah Frontline Spray.

Frontline tidak membahayakan kucing walaupun kucing menjilat badan mereka selepas di spray dengan cecair ini. Namun begitu, dia ada dose tertentu, sila lihat dan ikut deskripsi yang ada pada label. Selepas disembur, dua hari kemudian sikat kucing supaya kutu kutu yang mati di buang. Kucing yang disemburkan Frontline sudah tidak perlu dimandikan untuk mengelakkan air menghilangkan cecair frontline yang terdapat pada kucing.

Selain Frontline spray, terdapat lagi satu produk yang sangat berkesan iaitu Vet's best Home Spray dan produk ni merupakan Amazon best seller. Bukan je boleh spray kat kucing tetapi boleh spray satu rumah dan harga murah.
Untuk diri anda pulak, mandi bersih-bersih dengan mengunakan sabun seperti dettol. Jangan menggaru-garu sangat nanti makin meradang kulit. Sapu bedak biasa untuk mengurangkan rasa gatal ataupun sapu krim yang perpatutan.

Bersihkan fabrik-fabrik dikawasan tercemar kerana kutu akan bersembunyi ditempat seperti karpet dan lipatan baju atau cadar. Selepas langkah-langkah diatas sudah diambil, masa untuk kita pasang perangkap kutu yang liat nak mati atau pandai sembunyi.
Gunakan Ultimate Flea Trap untuk menghapuskan saki baki parasit nih. Cara guna dia sama macam perangkap lalat yang selalu kita guna tu, tapi yang ni untuk kutu.

Letakkan di pelbagai tempat dan sudut dikawasan yang tercemar. Lihat kutu-kutu yang terperangkap selepas beberapa jam.

Tentang blog

Ulala

1 comment:

Back to top ↑
Dekati kami

What they says

takde ape kat bawah ni
© 2013 Pro Kucing. WP Mythemeshop Converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.