Macam mana fungus ini sebenarnya?
Selalu kita dengar, orang cakap kucing dia kena fungus. Tapi tahu ke funguskucing tu sebenarnya macam mana rupa dan penyakitnya?
fungus kucing terbahagi kepada dua
- fungus yang menjangkiti luar kucing iaitu kulit kucing
- fungus menjangkiti bahagian sistem dalaman kucing dan juga organ kucing seperti ginjal, otak dan paru-paru.
Fungus yang menjangkiti luar kucing ialah kategori masalah yang sering berlaku kepada kucing, juga disebut sebagai kurap. Antara jenis masalah fungus kucing di bahagian kulit ialah:
Jangkitan yeast- yeast adalah salah satu jenis fungus. Selalunya, masalah ini dapat dilihat dibahagian telinga kucing. ini dapat dilihat bulu yang kurang dibahagian dijangkiti dan kemerah-merahan, kerana kucing selalu menggaru dengan lebih kerap terutama dibahagian telinga.
Ringworm- selalu berlaku kepada anak kucing. Bahagian jangkitan terdapat pada bahagian muka, telinga dan bahagian hadapan anggota badan dimana anda dapat lihat bahagian yang dijangkiti agak botak.
Sporotrichocis- jangkitan fungus ini agak merbahaya kerana boleh menjangkiti kepada manusia. Antara simptom yang dapat dilihat ialah kekurangan bulu di tempat dijangkiti, terdapat luka pada anggota badan kucing yang dimana luka tersebut lembab dan berair, tidak kering.
Cara selamat nak handle masalah fungus
Langkah pertama, jika anda membela banyak kucing, asingkan kucing yang kena jangkitan fungus keranak boleh merebak ke kucing yang lain. Fungus boleh merebak, jadi kena cepat cari ubat.
Gunakan gel yang boleh dibeli di petshop ataupun online, khas untuk masalah fungus ataupun anda boleh beli online gel ni, Pet Ringworm Treatment.
Ingat, fungus boleh menjangkiti manusia, jadi apa nak buat? Pakailah sarung tangan nak sapu ubat tu...sapu dua kali sehari. Gel ini bukan sahaja menghilangkan fungus tetapi juga menggalakkan pertumbuhan semula bulu kucing.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan suntikan anti fungus daripada vet untuk mendapatkan antibodi melawan fungus agar kucing anda lebih selamat.





